Monday, November 18, 2013

Paparan media mengenai EXSORA

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Pelbagai usaha dijalankan untuk program EXSORA ini..pelbagai persiapan yang dilakukan. Pelbagai strategi digunakan. Alhamdulillah,dengan bantuan seorang rakan sukarelawan yang budiman kami telah mendapat ruang untuk mengiklankan pengumpulan dana EXSORA di dalam Mingguan Malaysia.

KERATAN AKHBAR 'MINGGUAN MALAYSIA', 6 OKTOBER 2013



KERATAN AKHBAR 'MINGGUAN MALAYSIA',17 OKTOBER 2013



Mari sahabat semua kita sebarkan mengenai program ini. Ayuh kita mencabar diri sendiri..berubah dan membuat perubahan yang bermakna kepada diri sendiri!

Salam Kasih,








Thursday, November 14, 2013

21 hari menjelang EXSORA...

Assalamualaikum wbt &  Salam Sejahtera

Kesibukan hari-hari yang dilalui menyebabkan tak sempat untuk update di blog ini. 21 hari menjelang program EXSORA ...hati teruja tapi dalam tersimpan risau dan gundah. Dana terkumpul buat masa ini hanya RM 10,192.20. Kami masih memerlukan sejumlah RM 11,087.80.

SIG COMMUNITY & KIDS


 Masih banyak perkara yang belum selesai. Masih banyak dana yang perlu dijana. Kepala ligat berputar..kami perlukan bantuan anda! Sebarkan dan menyumbang... Anak-anak ini menunggu sumbangan dari anda. Membawa sejuta harapan dan kegembiraan kepada mereka.
BARANGAN YANG MASIH BELUM ADA PENYUMBANG!!
Hubungi person in charge untuk maklumat lanjut. Kami menunggu anda! Bersama kami menjana perubahan bermakna!

Salam kasih,