Tuesday, October 29, 2013

update dana 29-10-2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Sedang mengira2 dana ni yang terkumpul setakat ni. Alhamdulillah..setakat hari ini kami telah berjaya mengumpulkan RM1320.50.

Dana masih berbaki : RM 20679.50

Jom bantu kami! Masih belum terlambat untuk anda menderma. Dengan minimum RM50 anda layak mendapat resit potongan cukai.


butiran untuk dana

Kami masih mengharapkan bantuan dan sumbangan anda. Jangan lepaskan peluang. Mari bersama menjana perubahan bermakna!!


salam kasih,


Monday, October 28, 2013

Bantuan Anda Diperlukan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Lama x meng-update kt sini..agak bz dengan urusan EXSORA...

Untuk brief intro..EXSORA ialah Ekspedisi SALAM-Orang Asli yang akan diadakan pada 6-8 Disember 2013 di Kg Labu Pos Senderut Kuala Lipis Pahang dan 21 Disember 2013 di Kg Rangoi Jelebu N9.Program ini menekankan konsep pendedahan kepada pendidikan,kesihatan dan kebersihan.

Tengah pening...pening memikirkan dana...berjiwa besar..ada kudrat dan tenaga..memerah fikiran dan keringat...tapi...kalau aku kaya...hahahahha

Best gak kalau jadi kaya kan!

Oleh itu..sudi-sudikanlah sahabat semua untuk menyusuri blog ini..membaca apa yang kami akan buat..apa yang kami ingin lakukan dan sampaikan pada mereka.Semoga dengan bantuan sahabat semua,kami dapat melaksanakan program ini sebaiknya.


BANTU KAMI UNTUK BANTU MEREKA

Untuk maklumat lanjut,sahabat semua boleh  ke fb;

SIG COMMUNITY & KIDS


salam kasih,

Friday, October 18, 2013

CHARITY SALE!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Jom sertai kami! Kami mengalu-ngalukan penyertaan anda


Salam kasih,

Thursday, October 17, 2013

Bukan mudah mencari dana...

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
satu keluarga dihadapan 'banglo' mereka

Dari pagi hingga ke petang,kepala ligat berfikir,dana,dana dan dana. Untuk menolong orang memerlukan dana,untuk mencari dana,ramai yang menggeleng kepala. Malu,segan,tak mahu, tak nak dimalukan,tidak mahu mencabar diri.

Cabaran terbesar yang dihadapi sekarang ialah dana untuk program EXSORA. RM22K diperlukan untuk menjayakan keseluruhan 2 program EXSORA ini. Pasti ada yang tertanya-tanya..adakah kami perlu beri lumpsum RM22K???

Tidak, sumbangan bermula serendah RM10 dan untuk sumbangan lebih dari RM50,saudara/ri yang dermawan akan layak untuk mendapat potongan cukai. Walau sekecil mana pun sumbangan yang saudara/ri berikan amat bermakna kepada kami dalam menjayakan program ini.

Bagaimana caranya untuk menyumbang?

Saudara/ri boleh memberikan cek/draf bank/deposit  kepada;

 Nama Pemegang Akaun: Yayasan Salam Malaysia
no Akaun / Bank : 1) 3072879302/ Public Bank Berhad
2)12490014387058 / CIMB Bank
Tujuan : Menaja Program EXSORA

Kami juga berharap saudara/ri akan megemukakan resit transaksi kepada ;

sigcksalam@gmail.com (menaja program EXSORA)

Jasa baik saudara/ri amat dihargai bagi tujuan pengurusan akaun

Untuk maklumat lanjut,anda boleh klik2 ke

FB Yayasan Salam Malaysia
-SIG Community & Kids



salam kasih,









Kenapa EXSORA???

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Apa itu EXSORA? Kenapa namanya EXSORA? Apa maksud di sebalik EXSORA?

EXSORA diinspirasikan daripada Ekspedisi SALAM-Orang Asli.

Kenapa ekspedisi? kerana kita menggunakan pelbagai cara untuk sampai kepada perkampungan yang akan kita kunjungi. Ada perkampungan yang boleh dihubungi dengan cara kenderaan biasa,melalui jalan yang biasa. Ada perkampungan yang hanya boleh dicapai dengan jalan air yakni sampan atau bot. Malah banyak pula perkampungan yang hanya boleh dicapai dengan merentas hutan belantara dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Contoh 4x4 yang digunakan


SALAM pula merupakan organisasi bukan kerajaan yang menaungi program ini iaitu Yayasan Salam Malaysia. SALAM merupakan organisasi yang tidak bersifatkan keuntungan dan mempromosikan kerja-kerja sukarela di kalangan rakyat Malaysia.

Yayasan Salam Malaysia


Kenapa Orang Asli?  Kami memilih komuniti Orang Asli terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman. Kami yakin yang mereka berhak untuk merasai kehidupan yang sama seperti kita semua. Kami percaya yang mereka juga inginkan anak-anak mereka sihat,bijak dan berjaya sekaligus membawa mereka keluar dari kancah kekurangan dalam kehidupan.

Kanak-kanak yang kami temui disana


Objektif EXSORA

Memberikan pendedahan dari segi pendidikan,kesihatan dan kebersihan kepada masyarakat Orang Asli.
Kami akan mengubahsuai komponen dalam EXSORA sesuai dengan komuniti Orang Asli yang akan kami kunjungi.

Selain itu,kita sebagai rakyat Malaysia juga dapat mengenali kebudayaan dalam masyarakat Orang Asli dan mengeratkan silaturahim sesama kita. Kami pasti ramai yang teruja untuk memahami kebudayaan mereka.

Kami menyeru semua untuk membantu kami dalam membantu mereka. Bagaimana untuk membantu? Akana dijelaskan dalam post seterusnya...tunggu.....


segalanya ikhlas dari hati


Salam kasih,





Saturday, October 5, 2013

:: Apa nasib saya???::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Dua beradik ini kami bersua ketika sesi meriki di Kg Labu Pos Senderut Kuala Lipis. Kampung yang terletak kira-kira 4 jam perjalanan dari bandar Kuala Lipis merupakan kampung yang terakhir dalam Pos Senderut. Merupakan sebuah perkampungan Orang Asli suku Semai.

Tanpa bekalan elektrik,keadaan sanitasi yang tidak lengkap dan tinggal di dalam rumah tradisional,terdetik dalam hati,bagaimana kanak-kanak disini membesar,sedangkan anak-anak kita di bandar,menikmati penghawa dingin ketika panas,mandi air panas dari water heater ketika dingin pagi nak ke sekolah.


Ketika berbual dengan bapa mereka,hati saya tersentap sayu,betapa pentingnya pendidikan kepada mereka.
Si bapa tidak mempunyai kenderaan. Dia sanggup mengambil dan menghantar anak-anak ke asrama setiap hujung minggu dengan berjalan kaki. Berjalan kaki dalam jarak 1jam perjalanan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Saya bertanya,tidakkah penat,menghantar dan mengambil anak setiap minggu,jawab si bapa,tidak kisah asalkan anak mahu ke sekolah.

Apa yang kita boleh bantu ya sahabat-sahabat semua,membantu kanak-kanak ini,supaya mendapat jika tidak sama taraf pun,namun sedikit penambahbaikan dalam kehidupannya.
Semoga dengan penambahbaikan itu,anak-anak ini akan menjadi lebih bersemangat untuk belajar,menimba ilmu untuk kesinambungan kehidupan keluarga mereka.


Tiada siapa yang dapat menafikan kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Dan untuk mendapatkan minat dalam menuntut ilmu,pastinya seseorang itu memerlukan kehidupan asas yang lengkap bagi menyelesakan kehidupan.

Kami perlukan bantuan anda..untuk membantu kami membawa bantuan kepada kanak-kanak ini
Siapa yang bisa membantu kami??? Raise ur hands up!!!!


Salam kasih,



Pengenalan kepada exSORA

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Hye guys..first entry untuk EXSORA...

Ape tu EXSORA ek?
Mesti ramai yang tertanya-tanya...apelah maksudnya EXSORA tu

EXSORA ni maksud dia ialahEkspedisi SALAM -Orang Asli. Program ini secara kasarnya merupakan sebuah program yang memfokus kepada pendedahan dari aspek akademik,kesihatan dan kebersihan diri di dalam masyarakat Orang Asli khususnya di kawasan pedalaman.

Program ini merupakan sebuah program inisiatif sukarelawan dibawah Special Interest Group Community & Kids dibawah naungan Yayasan Salam Malaysia

Program ini mempromosikan peningkatan dari segi kesedaran kesihatan dan kebersihan diri di kalangan Orang Asli. Kenapa kita memfokus kepada Orang Asli?????

Anak-anak yang kami akan bantu dalam program ini Insya Allah

Akan saya jelaskan pada entry yang akan datang


Salam Kasih,