Saturday, October 5, 2013

:: Apa nasib saya???::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Dua beradik ini kami bersua ketika sesi meriki di Kg Labu Pos Senderut Kuala Lipis. Kampung yang terletak kira-kira 4 jam perjalanan dari bandar Kuala Lipis merupakan kampung yang terakhir dalam Pos Senderut. Merupakan sebuah perkampungan Orang Asli suku Semai.

Tanpa bekalan elektrik,keadaan sanitasi yang tidak lengkap dan tinggal di dalam rumah tradisional,terdetik dalam hati,bagaimana kanak-kanak disini membesar,sedangkan anak-anak kita di bandar,menikmati penghawa dingin ketika panas,mandi air panas dari water heater ketika dingin pagi nak ke sekolah.


Ketika berbual dengan bapa mereka,hati saya tersentap sayu,betapa pentingnya pendidikan kepada mereka.
Si bapa tidak mempunyai kenderaan. Dia sanggup mengambil dan menghantar anak-anak ke asrama setiap hujung minggu dengan berjalan kaki. Berjalan kaki dalam jarak 1jam perjalanan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Saya bertanya,tidakkah penat,menghantar dan mengambil anak setiap minggu,jawab si bapa,tidak kisah asalkan anak mahu ke sekolah.

Apa yang kita boleh bantu ya sahabat-sahabat semua,membantu kanak-kanak ini,supaya mendapat jika tidak sama taraf pun,namun sedikit penambahbaikan dalam kehidupannya.
Semoga dengan penambahbaikan itu,anak-anak ini akan menjadi lebih bersemangat untuk belajar,menimba ilmu untuk kesinambungan kehidupan keluarga mereka.


Tiada siapa yang dapat menafikan kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Dan untuk mendapatkan minat dalam menuntut ilmu,pastinya seseorang itu memerlukan kehidupan asas yang lengkap bagi menyelesakan kehidupan.

Kami perlukan bantuan anda..untuk membantu kami membawa bantuan kepada kanak-kanak ini
Siapa yang bisa membantu kami??? Raise ur hands up!!!!


Salam kasih,



No comments:

Post a Comment