Thursday, October 17, 2013

Kenapa EXSORA???

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Apa itu EXSORA? Kenapa namanya EXSORA? Apa maksud di sebalik EXSORA?

EXSORA diinspirasikan daripada Ekspedisi SALAM-Orang Asli.

Kenapa ekspedisi? kerana kita menggunakan pelbagai cara untuk sampai kepada perkampungan yang akan kita kunjungi. Ada perkampungan yang boleh dihubungi dengan cara kenderaan biasa,melalui jalan yang biasa. Ada perkampungan yang hanya boleh dicapai dengan jalan air yakni sampan atau bot. Malah banyak pula perkampungan yang hanya boleh dicapai dengan merentas hutan belantara dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Contoh 4x4 yang digunakan


SALAM pula merupakan organisasi bukan kerajaan yang menaungi program ini iaitu Yayasan Salam Malaysia. SALAM merupakan organisasi yang tidak bersifatkan keuntungan dan mempromosikan kerja-kerja sukarela di kalangan rakyat Malaysia.

Yayasan Salam Malaysia


Kenapa Orang Asli?  Kami memilih komuniti Orang Asli terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman. Kami yakin yang mereka berhak untuk merasai kehidupan yang sama seperti kita semua. Kami percaya yang mereka juga inginkan anak-anak mereka sihat,bijak dan berjaya sekaligus membawa mereka keluar dari kancah kekurangan dalam kehidupan.

Kanak-kanak yang kami temui disana


Objektif EXSORA

Memberikan pendedahan dari segi pendidikan,kesihatan dan kebersihan kepada masyarakat Orang Asli.
Kami akan mengubahsuai komponen dalam EXSORA sesuai dengan komuniti Orang Asli yang akan kami kunjungi.

Selain itu,kita sebagai rakyat Malaysia juga dapat mengenali kebudayaan dalam masyarakat Orang Asli dan mengeratkan silaturahim sesama kita. Kami pasti ramai yang teruja untuk memahami kebudayaan mereka.

Kami menyeru semua untuk membantu kami dalam membantu mereka. Bagaimana untuk membantu? Akana dijelaskan dalam post seterusnya...tunggu.....


segalanya ikhlas dari hati


Salam kasih,





No comments:

Post a Comment